Kenapa memilih pelaburan emas

 

MENGAPA KITA PERLU MELABUR DENGAN EMAS?

Pertama, kita perlu memahami bahawa perlombongan emas ialah perniagaan yang sangat sukar. Undang-undang yang ketat untuk mengeluarkan emas membuat ia lebih sukar untuk dilakukan secara besar-besaran. Mereka perlu untuk menguruskan lombong yang banyak kerana taburan emas tidak tertumpu pada suatu kawasan dan kemudian perlu mencari sumber-sumber baru untuk mengekalkan rizab dan mengekalkan tahap pengeluaran ke masa depan. Ia adalah satu perniagaan yang sukar tanpa mengira di mana harga Emas. Oleh itu, stok perlombongan tidak dapat memenuhi permintaan semasa dan ini akan menyebabkan harga emas akan terus melambung.

kita mesti memahami bahawa Emas dan stok emas adalah berbeza pasaran dan  juga mempunyai prestasi yang berbeza dalam keadaan panik atau krisis. Emas boleh menjadi perlindungan keselamatan

Secara ringkasnya adalah seperti berikut.

1) nilai emas sentiasa meningkat
2) Rekod 10 tahun menunjukkan kenaikan Emas sebajak 551%
3) Emas memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas kerana wang kertas susut nilai kerana inflasi pada setiap tahun
sebagai contoh

  1. harga kuih karipap pada tahun 2001 rm 1= 5 biji 
  2. harga kuih karipap tahun 2012 rm 1= 3 biji
  3. harga kuih karipap tahun 2015 rm 1= ???? biji 

4) Emas digunakan sebagai simbol kekayaan. sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap sebagai orang kaya. jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini, kita juga dianggap kaya.

Kenapa emas Berharga?

1) Ia sukar diperolehi.
2) Emas tahan karat dan tidak boleh dibinasakan.
3) Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak luntur.
4) Ia tidak boleh dimanipulasikan, nilai yang terpelihara dan kekal.