Jenis emas yang sesuai untuk pelaburan

Asalammualaikum rakan-rakan sekalian.

Berikut adalah perkongsian mengenai strategi pelaburan emas. Sebelum anda melabur anda perlu ada satu plan yang jelas, apakah strategi yang akan anda gunakan kerana setiap duit yang saudara/saudari gunakan mestilah memperolehi keuntungan maksima.

Disini saya hanya bincangkan mengenai pelaburan emas fizikal sahaja, pekara yang akan disentuh adalah seperti berikut
1) jenis emas yang sesuai untuk pelaburan
2)kuantiti emas
3)kualiti emas
4)waktu membeli

1) Jenis emas yang sesuai untuk pelaburan
Jika saya cakap jenis emas yang sesuai untuk pelaburan ini bergantung kepada niat dan kedudukan kewangan pelabur. Di malaysia pelaburan emas fizikal di bahagi kepada berapa bentuk iaitu emas jongkong, emas perhiasan dan syiling emas.


1) Emas jongkong – Emas jongkong sesuai untuk pelabur yg mempunyai kewangan yg kukuh dan sesuai untuk keuntungan jangka masa panjang kerana emas jongkong tidak boleh dipajak. Jika pelabur memerlukan tunai atau terdesak memerlukan duit. Pelabur terpaksa menjual jongkong tersebut. Emas jongkong hanya sesuai untuk pelabur yang mempunyai disiplin yang menyimpan yg tinggi dan kedudukan kewangan yang kukuh.

2) Emas perhiasan – Emas perhiasan merupakan pilihan yang agak baik untuk pelaburan emas kerana ia boleh dipakai oleh wanita dan juga boleh disimpan. tambahan pula emas perhiasan yang dipakai tidak dikenakan zakat selagi tidak melebihi berat timbangan untuk emas perhiasan yang dipakai. Disini pelabur memperolehi 3 mafaat iaitu pengecualian zakat selagi tidak melebihi timbangan zakat untuk perhiasan, boleh dipakai dan boleh dipajak. Tetapi keburukan emas perhiasan ialah nilai semasanya akan berkurang kerana emas ini akan di kelaskan kepada ketogeri emas terpakai selepas penggunaan selalunya nilainya semasanya akan di tolak hingga 20%. tambahan pula harga emas perhiasan lebih mahal jika hendak dibanding emas fizikal yang lain kerana terdapat factor tambahan seperti kos upah dan sebagainya.. ┬átetapi saudara tidak perlu risau kerana ada syarikat menawarkan polisi buyback tanpa mengira emas perhiasan itu diguna atau tidak dan tidak dikenakan kos upah.. disini pelabur perlu bijak mencari syarikat emas yg boleh menawarkan perkhidmatan seperti ini. Tetapi percayalah kadar keuntungannya lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan emas fizikal lain.

3) Syiling emas – untuk pelaburan syiling emas saya bahagikan kepada dua iaitu emas syiling keluaran bank dan emas dinar. keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Syiling emas keluaran bank dimalaysia ialah kijang emas. Kijang emas merupakan kegemaran saya kerana nilainya yang tinggi, dan mempunyai pembeli yg sedia membeli. Maksud saya disini ialah walaupun kijang emas mempunyai beza harga jual beli tetapi pelabur2 emas yang lain sanggup membeli kijang emas pada harga web.bermakna pelabur tidak perlu bimbang tentang kerugian. jika pelabur membeli pada waktu yang betul, kijang emas merupakan pilihan yang tepat untuk keuntungan maksimum tetapi kijang emas sukar untuk deperolehi dan hanya dijual di kaunter maybank yang terpilih sahaja.

Dinar dan lain2 syiling emas juga merupakan pilihan yang terbaik. dinar mempunyai spread (beza harga jual beli) yang rendah. dinar merupakan emas fizikal kedua yang memberi pulangan yang lumayan disamping harganya yang rendah

Kesimpulannya jenis emas yang sesuai untuk pelaburan sebenarnya bergantung kepada pelabur. jika kewangan pelabur kukuh syiling dan bar merupakan pilihan yang baik..ini merupakan pandangan peribadi saya,jika pelabur mempunyai kedudukan kewangan yg tidak stabil anda boleh membeli emas perhiasan atau membeli emas syiling dan jongkong pada kuantiti yang kecil. seperti yang saya cakapkan tadi ia bergantung kepada pelabur.. apa yang penting sebenarnya ialah ilmu. jika kita mempunyai ilmu yang cukup kita dapat mengelak ditipu.