Bagaimana nak mulakan simpanan emas

Untuk memulakan pelaburan emas sangat mudah. Mula membeli emas. Bila? Sudah tentu sekarang.

Kajian terhadap sejarah harga emas dunia mendapati harga emas meningkat hampir 25% setahun. Pengetahuan ini penting diketahui bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan mereka.

Berikut adalah saranan saya bagi memulakan pelaburan anda:

Langkah-1:
Mula membeli emas SEKARANG! Jangan hanya menunggu dan mengharapkan harga emas turun. Walaupun ketika anda membeli emas anda di kala harga tinggi tak apa. Kerana untuk jangka masa panjang harga emas akan terus meningkat.

Langkah-2:
Tukarkan wang simpanan anda kepada emas. Katakan anda membuat simpanan RM500 setiap bulan, tukarkan kepada emas berbanding menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank.

Langkah-3:
Pastikan matlamat atau tujuan anda menyimpan emas. Contoh: Saya berhajat untuk menunaikan umrah (perbelanjaan umrah = RM5000) dalam tempoh 3 tahun. Saya hanya perlu menyimpan 4 keping 1Dinar (RM2864) selama 3 tahun dan saya boleh menunaikan umrah. Ini kerana jika harga emas bertambah 25% setahun. Emas yang saya miliki selepas 3 tahun bernilai RM5012. Sudah melebihi dari perbelanjaan umrah yang sepatutnya.

Langkah-4:
Mulakan belian yang pertama dalam jumlah yang besar. Dengan berbuat demikian, anda akan mula membuat keuntungan yang besar. Katakan anda membeli 100gram emas dengan harga Rm17469, dengan kadar keuntungan setahun 25%, maka emas anda akan bertambah nilai RM21837.
Jika belian yang pertama kecil, maka keuntungan anda juga kecil. Namun harus di ingat. ukur baju di badan sendiri. Jangan kerana mahukan keuntungan yang cepat dan besar, anda bergolok gadai semua harta yang ada. Pelaburan emas  ini merupakan pelaburan jenis jangka masa panjang. Biar kecil permulaannya, tapi anda konsisten dalam menambah emas, anda juga akan dapat keuntungan. Lebih baik ada dari tidak ada.
diedit dari
www.hargaemas.com