WAJIB TAHU – DAFTAR ANAK DARJAH 1 (KEMASUKAN 2020/2021)

WAJIB TAHU – DAFTAR ANAK DARJAH 1
.
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2013 (berumur 6 tahun pada 2019), yang lahir pada 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019) wajib ambil tahu!
.
Guideline nya begini
.
1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
.
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my
.
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
.
4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
.
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera
.
Post ini akan dikemaskini apabila status pendaftaran telah dibuka nanti. Semoga semua anak-anak dapat belajar dengan riang dan gembira.
.
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.
.
❤️
Maryam Jamilah (MJ)
#TheBlossoMama
www.mjovial.com
#PharmacistBudak
#PharmacistAnda