Kisah kejatuhan Nokia


..
Pada suatu hari di bulan lepas, kami suami isteri berborak bagi menghilangkan mengantuk ketika travel. Kisahnya berkaitan kejatuhan NOKIA (macam akan buat lagi mengantuk je).
..
Banyak teori kalau kita google online. Tapi teori saya sendiri sebagai bekas pengguna tegar NOKIA adalah, keengganan NOKIA untuk bergerak seiiring phone yang menggunakan sistem yang lebih mesra pengguna seperti microsoft, iOS dan Android. Selesa dan terlalu yakin dengan symbian. Saya suka crack apps symbian. Haha.
..
Tuan suami kata punca adalah dari golongan atasan. Cerita sebenar tak dapat nak ingat balik sebab mengantuk time tu 🤭 tapi katanya staff bawahan semuanya berkebolehan. Tapi kalau pihak atasan kata NO, jadilah saya yang menurut perintah.
..
Kenapa saya share tentang kisah NOKIA? Sebenarnya kalau diamati sekarang, orang lebih suka membeli atas talian. Malas nak whatsapp seller. Tekan butang BUY, PAY dan tunggu posmen sampai ke rumah. Masih ada yang suka berkomunikasi tapi terimalah hakikat, kalau tidak, shopee, lazada, wowshop, goshop, takkan berkembang pesat.
..
Sekiranya seller bilis tidak dibenarkan menjual melalui ecommerce atas alasan nanti tiada komunikasi, akan ada yang main harga, menjual barangan ciplak, etc, bagi saya ia suatu pemikiran yang rugi.
..
Penipuan boleh terjadi dalam pelbagai cara, bukan hanya ecommerce. Jual suruh pm, whatsapp, dm messenger, pun ada scammer. Tak percaya? Selalu saya dapat aduan ada scammer dalam group Kids Bundle Lelong (new/preloved) saya dah macam kerja sambilan sebagai penyiasat pulak.
..
Benarkanlah jualan melalui ecommerce. Takut customer tak dapat consultation yang betul? Ecommerce pun ada ruang chatting macam whatsapp. Ada nombor telefon dan email untuk dihubungi.
..
Cuma top management perlu cari inovasi macam mana nak buat pemantauan. Seller ecommerce berdaftar? Produk mesti ada chop HQ? Ecommerce mesti link dengan valid facebook? Eh macam-macam solution ada.
..
Ecommerce tak semua mesra pengguna. Dulu buka shop L****g bayar mahal tapi kurang promote bantu seller maka mula slow down. Nak cuba L****a tapi kena bagi diorang komisen sebab tolong jualkan jadi tak ramai yang accept tawaran.
..
Sekarang both cuba follow rentak ecommerce yang tengah popular, S****e dengan zero komisen dan iklan masuk tv serta pelbagai contest. Mungkin dia ni anak buah Taobao lah. 🤭
..
Kesimpulannya, teknologi sentiasa laju ke hadapan, kalau kita berkeras untuk kekal di takuk lama, maka perlahan-lahan kita akan ketinggalan. Maju kehadapan, jom!
..
❤️
MJ
#TheBlossoMama
www.mjovial.com
#nota_puan_pharmacist
#nota_mak_singa 25