Edible Landscape – Kantan

Tak pernah share tentang aktiviti berkebun dalam blog. Tapi kita share lah untuk yang mempunyai minat sama dengan saya.

EDIBLE LANDSCAPE

.
Landscaping memang mencantikkan halaman rumah. Tapi kalau tak dijaga, jadi hutan belantara jua akhirnya. Kita takde gardener nak tolong.
.
Disebabkan itu, di kotak pemikiran saya, penat-penat jaga, kena lah rasa hasilnya baru hati ada puas 👌
.
Kalau datang teratak Gapi 11 saya, jangan terkejut, pokok landskap saya bukan lah dipenuhi bonsai, bunga hiasan mahupun pokok eksotik. Tapi pokok yang mengeluarkan makanan.
.
Contoh pokok lanskap saya adalah pokok bunga kantan. Hehe. Bukan tepi dapur tau. Pokok ni memang dekat halaman depan. Mula-mula degil nak berbunga. Sekarang, tersenyum sendiri tengok kemeriahan bunga.
.
TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA KANTAN
1) Beli anak pokok di Sungai Buloh
2) Tanam 3-5 pokok atas batas lurus
3) Perlukan 1-2 tahun untuk matang
4) Sukakan tanah yang lembab dan sejuk
5) Rajin cantas dahan tua
6) Tunas baru boleh jadi daun atau bunga
7) Baja tahi ayam pun okay sebulan sekali
.
Di bawah ini merupakan gambar pokok kantan ketika baru ditanam. Kecil aeperti pokok kunyit. Sekarang tinggi melangit
.

.
Pokok yang husband konon-konon jaga, adalah pokok pisang. Tapi tukang siram, timer. Tukang baja, bini. 😛
.
Jadi sekarang, nak scroll facebook group kebun nak beli pokok baru. Nak join? Jom.
.
❤️
MJ @momma_a.z
#petani_moden
www.mjovial.com