APLIKASI ANDROID : CHECK NOMBOR KKM DENGAN MUDAH

SUSAH LA NAK CHECK NOMBOR KKM!!!
.

Bila nak check dulu produk yang dibeli tu bernotifikasi / berdaftar ke tidak, tak tahu macam mana nak check.

Dah pernah ajar la dulu. Tak baca la tu?

Dah buka link npra. eh susah pulak. Quest3+ ni apa benda. Nak picit butang mana nak search nama produk. Malas lah. Pasrah je lah.

Betul tak? Betul tak?

Kita sekarang dah maju. Pakai phone apps je senang. Maka khas untuk pengguna android, sekarang dah ada apps untuk check nombor notifikasi / pendaftaran KKM.

Nah download sini~

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.moh.npra.npraproductsearch

Korang download sekarang, lepas tu ambil la apa-apa produk yang korang ada dalam poket, cuba search. Dapat tak?

Apps ini sangat berguna untuk mereka yang mengejar penjual produk tak berdaftar/bernotifikasi. Hehe. Berguna juga untuk penjual produk yang bernotifikasi tapi pembeli tak yakin. Tak percaya? Download la dulu.

Selamat mencuba

Jangan lupa bagitahu kawan-kawan lain mana tau diorang happy sangat dengan kewujudan apps ni (^_^)

❤️
Maryam Jamilah – MJ (Rph 8496)
Momma_a.z #TheBlossoMama
#nota_puan_pharmacist
#nota_mak_singa 24
#skuadpenggunabijak