TIPS MUDAH DAN PANTAS WEAN OFF SUSU IBU

TIPS MUDAH DAN PANTAS WEAN OFF SUSU IBU A.K.A WEAN OFF MENGEMPENG

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Alfateh dah berjaya wean off susu ibu aka mengempeng pada usia 2 tahun 11 hari.

Allah jualah yang Maha Kuasa.

Kita doa, kita usaha, kita tawakkal.

Jom saya nak kongsikan tips macam mana saya wean off Alfateh dengan mudah.

1. BERNIAT DAN BERDOA

Ni tips standard. Semua ibu pada fasa ini memang dah berniat nak wean off tepat umur 2 tahun. Jadi ada masa kita selitkan doa supaya diringankan beban emosi kedua-dua ibu dan anak untuk proses wean off. Jangan doa supaya anak berjaya wean off semata-mata.

2. BERITAHU SETIAP HARI

Dengan lembut, beritahu setiap hari “adik kena stop susu ibu sebab….”. Cerita lah adik dah besar. Atau adik dah nak dapat adik lain. Atau adik boleh minum sampai umur 2 tahun sahaja. Saya mula beritahu anak 2 bulan sebelum proses wean off bermula : “Alfateh yakin dan percaya Alfateh akan stop susu ibu apabila fateh berumur 2 tahun kan?”. Dia ingat sampai dia tak mau sambut birthday sebab dia tahu sambut birthday means dia kena stop susu 😅

3. SABAR DAN KAWAL EMOSI

Proses wean off menyedihkan. Bukan sahaja untuk si anak. Kita sebagai ibu turut rasa macam “eh tak mau la stop kan susu. Sedih la tak dapat nak belai dia time dia menyusu”. Jadi kita sendiri kena sabar dan  tabah. InsyaAllah ada kebaikan selepas proses wean off berjaya.

4. BERPERINGKAT

Mulakan proses secara berperingkat. Kelebihan adalah untuk ibu bekerja yang memang BF anak malam sahaja. Bagi yang kerap ni kita stopkan slow-slow. 1 minggu pertama, stopkan sesi pagi. 1 minggu kedua, stopkan pagi dan tengahari. Begitulah seterusnya. Alfateh biasanya BF pada tengahari, petang dan malam + dalam kereta. 2 bulan sebelum, saya stopkan tengahari. 1 bulan sebelum, saya stopkan tengahari dan petang. 2 minggu sebelum no BF in the car.

5. PUJI PUJI DAN UPAH

Setiap hari saya puji anak sebab berjaya tak minum susu ibu. Walaupun anak macam tak kisah, tapi percayalah, ayat-ayat positif membantu anak untuk cuba penuhi apa yang kita seorang ibu mahukan. Bagi upah pada setiap peringkat yang berjaya dicapai. Last sekali, bagi upah lebih bernilai apabila anak berjaya wean off sepenuhnya. Anak akan rasa sangat dihargai. Saya belikan kereta hot weels murah aje. Tapi dia pilih sendiri. 😁

6. SAPU BAHAN MAKANAN

Yang ini tips paling selalu digunakan. Saya sarankan guna tips akhir ini HANYA untuk wean off peringkat terakhir (waktu tidur) selepas wean off waktu lain berjaya. Supaya anak tak terkejut dan emosi anak tak tercalar. Boleh guna asam jawa, bawang putih, kopi dan apa sahaja yang selamat untuk anak.

==========

Tipu saya katakan Alfateh tak mengamuk. Setiap peringkat wean off pasti disulami dengan tangisan. Tapi setiap kali saya apply tips-tips di atas (kecuali tips #6 yang saya gunakan hanya pada peringkat wean off BF sebelum tidur)

Pengalaman tips #6 saya begini..

2 hari saya cuba wean off tapi kami yang tak boleh tidur sebab Alfateh menanges semahunya.

Hari ketiga, saya sapukan sirap dan alas dengan tisu kerana bimbang mengotorkan pakaian. Tapi rupanya tisu merah itu Alfateh sangkakan berdarah. Risau dia. Jadi saya selitkan tips #7 : DRAMA

Ibu : sakitnya adik. Ibu sakit sangat ni *nanges*

Alfateh : *peluk ibu*

Ibu : *ulang beberapa kali scene nanges*

Alfateh : *serba salah nak BF*

Ibu : nak ke syusyu?

Alfateh : nak syusyu *angguk lalu minum*

Ibu : eh tak rasa pelik ke sirap? Uwaa uwaaa sakit la Alfateh nanti darah macam mana?

Alfateh : *tengok ibu nanges, stop BF, nanges sikit, terus tidur*

Dan tak mahu BF lagi sampai sekarang. Mungkin tak mahu ibu sakit. Huhu. Tapi sebolehnya saya kurangkan drama sebab takut anak rasa tertipu. Lebihkan bercakap dengan lembut di telinga anak. InsyaAllah biiznillah.

Setiap anak itu berbeza. Mungkin tips ini sesuai untuk anda mungkin juga tidak.

Saya doakan semua ibu berjaya wean off anak dengan gembira.

==========

Sebarang pertanyaan boleh letak diruang komen. Jangan lupa share post ini untuk sahabat yang memerlukan.

Follow Maryam Jamilah sekarang dan set SEE FIRST untuk saya kongsikan banyak lagi info menarik health dan parenting

❤️
Maryam Jamilah
#TheBlossoMama
www.mjovial.com
#nota_puan_pharmacist
#nota_mak_singa 22
#PharmacistAnda
#PharmacistBudak
#maryjardinselayang
#tipsweanoff