MAKNA MELALUI BILANGAN BUNGA ROS

MAKNA MELALUI BILANGAN BUNGA ROS
.
“VIRAL: WANITA TERIMA 999 KUNTUM MAWAR MERAH DARI PASANGAN” lalu golongan wanita tag pasangan masing-masing dengan harapan dapat juga 999 kuntum bunga ros….
.
Saya tag sejuta kali pun, kucing bertanduk, 1 kuntum pun tak dapat. Jangan mimpi kalau dah memang laki korang bukan style gitu.
.
Bunga ini bukan lah hadiah sang suami buat isteri bahkan sebaliknya. Sempena birthday incik husband, saya belikan bunga ros (sebenarnya sebab kat tempat kerja ada akak jual bunga sambil gendong anak, jadi kita tolong beli satu)
.
Ingatkan dia happy. Rupanya coklat anak makan, bunga dia bagi kita balik khas untuk saya, katanya 😑
.
Memang kami jarang membunga atau mengcandle light dinner. Kami celebrate dengan cara kami sendiri. Bunga ros membazir. Baik beli kasut sukan, jogging setiap minggu 😅
.
Berbalik maksud di sebalik bilangan bunga. Tapi korang jangan ikut bulat-bulat. Ini kepercayaan karut. Just for fun je okay~
.
1 : Cinta pandang pertama.
2 : Saling menyayangi antara satu sama lain.
3 : I Love You.
6 : Aku ingin menjadi milikmu.
7 : Aku tergila-gilakan kamu.
9 : Cinta yang abadi, hingga hujung nyawa.
10 : Kamu adalah sempurna.
11 : Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini.
12 : Be my steady.
13 : Peminat rahsia.
15 : Saya minta maaf, tolong maafkan saya.
20 : Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu.
21 : Aku setia pada mu.
24 : Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24 jam sehari.
33 : Menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi.
36 : Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama.
40 : Cintaku padamu adalah tulen.
50 : Cinta yang tiada sesalan.
99 : Aku akan mencintaimu sempanjang hidupku.
100 : Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia.
101 : Kaulah satu-satunya cintaku.
108 : Jom kahwin !!!
365 : Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365 hari.
999 : Cinta yang berkekalan sampai bila-bila.
.
Pelik ya. Kenapa waktu nak kahwin dulu saya tak dapat 108 kuntum bunga ros? Mungkin termasuk dalam hiasan dulang hantaran?
.
Apa pun, happy birthday Aizat Noor Azmi semoga diberi kesihatan yang baik dan rezeki mencurah dan semoga terbuka hati untuk hadiahkan saya 999 kuntum bunga ros bersama #basicsetmaryjardinrm100 😛
.
❤️
Maryam Jamilah
#TheBlossoMama
www.mjovial.com
#mak_singa
#isteri_mithali