BREATHING AND RELAXATION TECHNIQUE

Assalamualaikum rakan yang bahagia ❤️

Dah baca post sebelum ini yang berkaitan RAHSIA MENJEMPUT REZEKI DENGAN KEBAHAGIAAN?

Saya ada beritahu bahawa ada 4 kunci rahsia dan hari ini saya akan kongsikan kunci yang pertama.

BREATHING AND RELAXATION TECHNIQUE

Kita namakan dia Nafas Fitrah. Kenapa?

Cuba tengok pernafasan bayi. Kita sebenarnya dilahirkan dengan pernafasan yang sempurna di mana perut yang mengembang (berbanding dada dan bahu yang terangkat)

Jom tengok video berikut

Sebenarnya pernafasan sebegini membantu badan menjadi lebih tenang… Relax… Selepas anda berjaya bernafas secara fitrah, anda boleh mulakan relaxation process bagi mencapai gelombang alpha (RUJUK POST TYPES OF BRAINWAVE DI SINI) dan seterusnya mudah untuk buat AVF iaitu doa bersungguh dan Allah mudah makbulkan doa orang yang tenang (juga akan dikupas di post seterusnya).

Caranya adalah seperti berikut…

1. Duduk bersandar dan kaki mencecah lantai. Mata dibuka.
2. Tarik, tahan dan hembus nafas secara fitrah (3 kali)
3. Tutup mata secara perlahan
4. Niatkan dalam diri supaya meminta pertolongan Allah untuk mencapai ketenangan. Hanya Dia yang Maha Memberi.
5. Tarik, tahan dan hembus nafas secara fitrah (3 kali)
6. Kiraan menurun 10 hingga 1 (semakin menurun kiraan, semakin perlahan suara)
7. Setiap kiraan disertakan kenyataan I AM RELAX, I AM SO RELAX, I AM VERY RELAX
8. Bila habis sehingga 1, anda teruskan dengan AVF

Breathing and relaxation technique ini adalah latihan untuk anda mencapai ALPHA. Setelah anda terbiasa, anda tak perlukan latihan ini lagi kerana anda boleh mencapai ALPHA bila-bila masa yang anda mahu.

Best ke best sangat?

❤️
Maryam Jamilah
#TheBlossoMama
#TheBlossomFamily Routine