CIRI-CIRI UBAT DAN KOSMETIK BERDAFTAR

AWAS! KENALI PRODUK BERDAFTAR

Saya menulis di dalam kaca mata seorang Pegawai Farmasi dan bukan seorang penjual kosmetik. Baru selesai kursus berkaitan dan haruslah dikongsikan sebelum terlupa.

Disebabkan lambakan produk yang tercemar racun terkawal, saya terpanggil untuk kongsikan info ini dengan anda semua.

Perkongsian kali ini adalah secara asas bagaimana mengenali sama ada produk yang anda beli (ubat mahupun kosmetik) adalah yang berdaftar secara sah dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Selamat membaca dan jangan lupa berkongsi. Share post ini untuk manfaat sahabat lain di luar sana! 🙂

CIRI UBAT BERDAFTAR
Nombor Pendaftaran KKM
– Nombor ini biasanya dicetak di kotak bungkusan ubat.
– Bermula dengan MAL bermaksud Malaysia.
– Diikuti 8 digit nombor. 
– 4 nombor pertama yang melambangkan tahun pendaftaran
– (sesetengahnya 2 angka tahun diikuti 2 angka bulan)
– diikuti 4 nombor terakhir yang melambangkan nombor pendaftaran produk.
– Dan diakhiri salah satu dari 4 abjad sama ada A, X, T atau N.

4 abjad terakhir nombor pendaftaran melambangkan klasifikasi produk tersebut
A adalah ubat terkawal di mana memerlukan preskripsi ubat daripada doktor sebelum boleh digunakan atau dimakan untuk indikasi tertentu. Contohnya Ubat Kencing Manis dan seumpamanya
X adalah ubat bukan racun di mana ianya boleh diperoleh di farmasi tanpa memerlukan preskripsi doktor. Contohnya Paracetamol (ubat demam)
T adalah ubat tradisional dalam bentuk sediaan farmaseutikal (tablet, pil, kapsul, softgel, serbuk) seperti Kapsul Tongkat Ali
N adalah supplement kesihatan seperti Vitamin C dan seumpamanya. Cuba check nombor MAL vitamin anda mesti ada ending N
Kadangkala ada yang berakhir dengan sambungan 2 atau 3 huruf berikut yang membawa maksud:
C – produk dikilangkan pengilang kontrak
R – produk dibungkus semula oleh kilang
S – produk dari sumber pengilang kedua
CIRI KOSMETIK BERNOTIFIKASI
Nombor Notifikasi KKM
– Nombor ini tidak diwajibkan untuk dicetak pada bungkusan tetapi sama seperti ubat, boleh disemak secara online.
– Bermula dengan NOT bermaksud Notifikasi.
– Diikuti 8 ATAU 9 digit nombor. 
– 4 nombor pertama yang melambangkan tahun pendaftaran
– (sesetengahnya 2 angka tahun diikuti 2 angka bulan)
– Diikuti 4 ATAU 5 nombor terakhir yang melambangkan nombor pendaftaran produk.
– Dan diakhiri dengan abjad K.
CIRI HOLOGRAM KKM
– Hologram khas yang boleh dikenalpasti ketulenannya menggunakan MediTag atau aplikasi MediTag Checker.
– Sentiasa berubah mengikut peredaran masa bagi mengelakkan peniruan oleh mereka yang ingin mengeluarkan produk dengan pendaftaran palsu.
– Diwajibkan pada ubat berdaftar tetapi tidak diwajibkan pada produk bernotifikasi.
– Ketulenan hologram boleh disemak menggunakan MediTag yang biasanya disediakan di fasiliti kesihatan. 
– Namun anda boleh semak sendiri di rumah menggunakan aplikasi MEDITAG CHECKER yang boleh di download oleh pengguna Android dan Apple.
SEMAK KETULENAN SECARA ONLINE
Anda sebagai pengguna berhak menyemak sama ada produk yang anda gunakan adalah berdaftar ataupun tidak melalui website berikut

Berhati-hati jika nombor pendaftaran produk tidak sama seperti yang telah saya kongsikan. Aplikasi MediQuest boleh juga dimuat turun bagi pengguna Android atau Apple
Sayangi diri Anda
Gunakan produk berdaftar

Salam sayang,
Maryam Jamilah
#mamaJ #TheBlossoMama
#PharmacistAnda
Founder of #mJovial