BAHAYA HYDROQUINONE DALAM KOSMETIK

HYDROQUINONE OK KE UNTUK KULIT SAYA?

Hari ni saja nak share pasal hydroquinone. Sesuai dengan topik penyakit kulit – VITILIGO – yang saya pernah share sebelum ni.

VITILIGO ataupun nama biasanya, SOPAK adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat sel melanocyte yang mati sekaligus menghalang penghasilan melanin

APA ITU MELANIN?

Melanin penting dalam memberikan warna pada kulit, serta sebagai perlindungan dari sinar UV yang merbahaya.

Siapa peminat tegar Michael Jackson mesti tau mengenai penyakit ni kan? Ada juga kes yang kurang serius macam Winnie Harlow (si cantik American Top Model) yang mana bahagian putih yang kehilangan melanin tak sebegitu banyak berbanding kulit normal. Maka Ubatnya adalah krim sapuan atau sinaran UV yang membantu penghasilan melanin dan menjadikan kulit kembali berwarna seperti asalnya.

Bagi pesakit yang mana kulit ketiadaan melanin adalah hampir keseluruhan badan, krim sapuan yang membantu memutihkan tompokan kulit yang masih berwarna akan digunakan. Antara nya adalah krim yang mengandungi HYDROQUINONE

Bagaimana ia bertindak?

1. HYDROQUINONE akan membunuh sel melanocyte dan ini menyebabkan melanin tidak dapat dihasilkan

2. Apabila melanin tidak dapat dihasilkan, kulit akan kelihatan lebih putih dan cerah

3. Walaupun putih, ia putih yang tidak sihat. Ia mengakibatkan kulit menyerap banyak sinar UV dan secara tak langsung kulit menjadi sensitif terhadap cahaya matahari dan menaikkan potensi mendapat kanser kulit.

4. Melanin akan mula berkurangan dan kecerahan kulit akan menjadi semakin ketara dalam tempoh 4-6 minggu dan bertahan selama 4-6 bulan bersesuaian dengan kadar pembaharuan sel kulit.

5. Oleh kerana itu penggunaannya hendaklah berterusan. Berhenti menggunakan HYDROQUINONE, kulit akan mula kelihatan gelap kembali

6. Namun, penggunaan berterusan akan mengakibatkan banyak lagi kesan sampingan hydroquinone seperti allergic dermatitis, kulit terbakar dan kering, dan sebagainya.

Jadi, kenapa anda pilih untuk terus menggunakan kosmetik yang mengandungi hydroquinone?

tepuk dada,

tanya hati

nak cantik terseksa,

atau cantik semulajadi.

Regards,
Your trusted pharmacist 😁
#pharmacistmakbudak
#mamaJmembebel