TIPS ATASI MASALAH JERAWAT

3 Tips Atasi Masalah Jerawat

Jom kita baca perkongsian dari Puan Nabilah Mohamad

Dulu-dulu kalau orang yang kenal Achik (achiklaa pulak sekarangkan. Personal branding beb!), taulah how bad my skin was. 

Jerawat manyak maaa. 

Pastu buat macam-macam cara nak bagi hilang termasuklah pi buat treatment ribu riban. 

Sebenarnya, agak menyesal jugak buat treatment tu sebab mungkin Achik ada 1 handbag LV sekarang ni.😂 

But, it’s ok. 

At least, ada banyak benda yang Achik dapat belajar about skin lepas tu. 

So, kalau korang tengah deal with acne sekarang ni, ada beberapa tips yang Achik nak share lah untuk korang combat the problem:

1- Ketahui punca jerawat 

Ok. Yang ni memang case to case basis la. Kalau korang punya hormon tak berapa nak stabil, kemungkinan jerawat tu disebabkan masalah hormonlah. 

Ni biasa terjadi kat remaja dan orang perempuan. Kalau disebabkan hormon, kena treat from insidelah ye. Kena stabilkan hormon dulu. 

Ada jugak yang disebabkan dapat reaction pada bahan-bahan dalam produk kecantikan. Yang ni caranya stop je pakai produk tu terus ye.

2- Jangan gatal tangan picit jerawat! 

Ok2. Memang susah nak buang habit tangan menjalar ke pipi dan dahi dan segenap pelusuk kawasan jajahan jerawat ni. 

Kalau boleh nak tarah terus muka atas jalan tar. Amboi exaggerate. 

Haa, picitlah kalau nak muka ada bekas jerawat hitam dan berlubang. Semakin besar jerawat, semakin besar jugak lubang yang dia boleh hasilkan. 

So, sebaiknya jangan picit jerawat tu. Guna produk atau ubat jerawatlah terus untuk rawat jerawat tu. 

Kalau nak picit jugak, kena bagi yang professional yang buat. Ada teknik dia tau nak picit jerawat ni. Bukan picit, pastu lap dengan tisu pastu cuci dengan air je. Alahaiii..

3- Exfoliate kulit 

Kalau bahasa melayu exfoliate ni macam mengelupaskan kulitlah atau singkirkan sel-sel kulit mati. 

Kadang kulit kita tak bernafas tau sebab banyak khazanah kat permukaan kulit. 

So, seminggu sekali silalah buang segala mak nenek yang tak diperlukan kat kulit kita tu. 

Tapi, kalau tengah ada jerawat yang aktif, jangan guna scrub kasar tu k. Lagi meletus-letus volcano kang. 

Guna agent exfoliation yang mild aje macam ekstrak enzim papaya.

Haa, panjang dah. 

Sebenarnya nak cerita lagi panjang. Tapi kang membebel sampai esok pagi pulak. Baik stop dulu. 

Malam ni Achik share 3 je dulu. Ada lagi ni beberapa tips lagi yang penting jugak nak rawat jerawat secara natural ni.

MamaJ suka perkongsian Achik ni. Siapa yang nak tips atasi masalah jerawat boleh follow Achik ya