TANTRUM ANAK – ANDA IBU BAPA YANG GAGAL?

TANTRUM ANAK – ANDA IBU BAPA YANG GAGAL?


Maaf post sedikit panjang. Harap dapat memberi manfaat untuk semua. Semenjak dua menjak ni, kakak selalu menangis dan mengamuk. Melalui pembacaan, tantrum biasanya berlaku pada umur 18-48 bulan (1 setengah – 4 tahun), normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa.
.
Apa itu tantrum? Biasa tak anak mengamuk, marah, menjerit, menangis, menendang, memukul, memecahkan barang dan berguling di tengah pasaraya? Tantrum berlaku apabila pada umur ini, anak ingin bebas meneroka, tapi kita sebagai ibu bapa membataskan kemahuan anak atas dasar keselamatan contohnya.
.
Ada yang mula tantrum awal. macam kakak, tantrum bermula pada umur 4 tahun. setiap pagi ibu lewat ke tempat kerja hanya kerana tantrum si kakak. Apa ibu buat? ibu akan cuba ikut steps2 berikut.
.
1) TIDAK PUKUL ANAK DARI LUTUT KE ATAS
Dulu ibu suka babab satu kali di pipi sebab menangis. Mak tegur, bahaya sebab pipi dekat dengan telinga. Boleh jadi pekak, walaupun perlahan. Jadi sekarang hanya membebel. kalau tak tahan, tercubit juga di betis😅
.
2) TIDAK PUKUL ANAK DENGAN ANGGOTA BADAN (ESPECIALLY TANGAN SENDIRI) SEBAB ANAK AKAN BERTAMBAH DEGIL
Terfikir patut la abah suka pukul dengan tali pinggang atau pembaris panjang. Bermaksud perangai degil sekarang adalah akibat perangai saya sendiri.😏 Jadi sekarang ambil hanger baju untuk babap kakak satu kali di kaki tapi tak kuat pun tak ada bekas. 
.
3) JIKA ROTAN, ROTAN ANAK DI TAPAK KAKI. 
Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Ibu belum pernah cuba yang ini. kalau kakak minta urut tapak kaki tu memang selalu la buat 😁
.
Sabda Rasulullah s.a.w. 
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya.. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.
.
4). BERI NAMA DAN PANGGILAN YANG BAIK
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Ia merupakan satu doa. Dan ia juga mengelakkan anak rasa sedih dn rendah diri. Macam kakak, semenjak masuk sekolah cikgu panggil AMNA semoga lebih tenang~
.
5). PELUK DAN CIUMLAH ANAK SETIAP HARI
Berikan anak anda pelukkan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Walaupun bila peluk dia masih tantrum, kadang-kadang perlu ketepikan ego sang ibu juga. Sebelum tidur, Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. InsyaAllah.😚 selama ni ucapan sahaja. Ibu akan cium kakak setiap malam okay! 👌
.
6). BERIKAN PANDANGAN KASIH SAYANG
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. maafkan ibu kalau terberi jelingan manja akibat geram. 🤗
.
7). BERI GANJARAN ATAS KEBAIKAN
contoh. kakak tolong jaga adik sementara ibu pergi tandas, lepas keluar tandas kita puji, pandainya kakak jaga adik. sayang kakak.😗 Jangan berikan gadget utk mendiamkan anak kerana itu memupuk sifat negatif (nangis dapat gadget). Itu kesalahan ibu terhadap kakak. semoga ibu tak mengulangi kesalahan yang sama terhadap adik.
.
8). TIDAK MENGHARAP ANAK SENTIASA BERBUAT BAIK 
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. mungkin ada silap ibu di sini iaitu sentiasa mengharap kakak perfect. ibu akan perbaiki diri ibu~
.
9). HARGAI MASA KANAK-KANAK ANAK ANDA
Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar dan masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
.
10). JANGAN MENGELUH
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah selalu mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Yang ini kadang-kadang terlepas juga kenapa kakak dari dulu suka susahkan ibu (dan nanti kakak akan jawab jangan la marah kakak. kakak sayang ibu. Allah luluh hati)
.
11). SENTIASA BERTENANG
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Kalau ibu selalu tunjuk amarah bila kakak tantrum, jangan marah kalau anak tiru di masa akan datang 😅
.
12). AJAR ANAK MENGHARGAI ORANG LAIN
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
.
13). AJAR ANAK BERKALI-KALI
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu selalu bising, kakak ni penat ibu ajar baaaanyak kali masih tak ikut. Allah… lepas ni ibu akan cuba lebih sabar ye kakak walau seribu kali perlu diulang.
.
14). JADILAH IBU BAPA YANG SENTIASA BELAJAR UNTUK TIDAK GAGAL DAN SENTIASA MENGUTAMAKAN KELUARGA
Terimalah yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. ASTAGHFIRULLAH jauhkan aku dari menjadi ibu yang lalai.
.
Anak kerap tantrum? Kita sebenarnya bukanlah ibu bapa yang gagal, cuma kita perlu belajar. 
.
“anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI”
.

.
.
Ditulis oleh
#mamaJ #theBlossoMama

#NOTA_PUAN_PHARMACIST 1
Aicomel DOT MY